MENGENAI KAMI

TETUAN AZHIER ARISIN & JAAFAR 

adalah sebuah firma guaman yang komited untuk menyediakan perkhidmatan undang-undang yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Beroperasi dengan prinsip integriti, profesionalisme, dan dedikasi, kami menawarkan penyelesaian undang-undang yang inovatif dan disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap pelanggan.

Dengan kepakaran dalam pelbagai bidang undang-undang, termasuk litigasi, urusan hartanah, undang-undang korporat, dan perundingan kontrak, kami berusaha untuk memberikan nasihat yang jelas dan strategi yang efektif. Pasukan kami terdiri daripada peguam yang berpengalaman dan berdedikasi untuk melindungi kepentingan pelanggan kami, sama ada individu, syarikat, atau organisasi.

Di Azhier Arisin & Jaafar, kami percaya bahawa setiap pelanggan layak mendapat perhatian peribadi dan penyelesaian yang berkesan. Dengan visi untuk menjadi firma guaman pilihan utama, kami sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan konsultasi dan ketahui bagaimana kami boleh membantu anda dalam menguruskan isu undang-undang anda dengan profesionalisme dan komitmen. 



KEJAYAAN KAMI



Tempah temujanji BERSAMA PEGUAM

Menempah temujanji bersama dengan peguam kini lebih mudah melalui sistem tempahan atas talian kami. Pilih tarikh serta masa temujanji mengikut keselesaan anda dan kami akan padankan tarikh dan masa kekosongan peguam kami. Pembayaran tempahan dibuat secara atas talian dan sebelum tarikh temujanji dengan menggunakan kad kredit atau debit bank anda dan boleh juga melalui akaun Paypal anda.


SOALAN LAZIM DITANYA KEPADA PEGUAM

Bagaimana saya ingin menempah temujanji bersama Peguam?

Tempahan temujanji bersama peguam kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di sini.

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk temujanji?

Bayaran RM 500.00 dikenakan kepada setiap tempahan temujanji bersama dengan peguam kecuali tempahan panyaksian dokumen dan khidmat runding bicara perjanjian jual beli rumah. Pembayaran hendaklah dibuat atas talian.

Adakah saya wajib melantik peguam selepas temujanji?

Tidak. Anda mempunyai kebebasan untuk melantik atau tidak melantik kami untuk mengendalikan kes anda selepas temujanji. Anda dibenarkan mengambil tempoh bertenang untuk berfikir masak-masak sebelum melantik kami mengendalikan kes anda.

Berapakah bayaran kos keseluruhan peguam sekiranya saya berminat untuk meneruskan kes di Mahkamah?

Kos guaman bergantung kepada fakta kes dan peringkat kes tersebut dibicarakan. Lazimnya, kos guaman untuk kes jenayah mengikut kepada keseriusan kes tersebut. Untuk perjanjian jual beli rumah, kos guaman adalah tertakluk kepada Jadual Pertama, Perintah Saraan Peguam 1986 iaitu mengikut peratusan harga jualan rumah.

Adakah saya perlu menjelaskan kos guaman secara keseluruhan?

Anda boleh mencadangkan pembayaran ansuran setiap bulan kepada peguam mengikut kemampuan kewangan anda. Tertakluk sepenuhnya kepada budibicara dan pertimbangan peguam.