Peguam menang

Pengurus inap desa dibebas daripada tuduhan penyalahgunaan dadah

Pengurus inap desa dibebas daripada tuduhan penyalahgunaan dadah

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu memerintahkan seorang pengurus inap desa, Mohd Azizan Saidi, 41, yang berasal dari Ranau, dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri atas pertuduhan penyalahgunaan dadah hari ini. Dalam keputusan yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali, beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen-elemen kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Semasa perbicaraan, peguambela Mohd Azhier Farhan Arisin berhujah bahawa spesimen air kencing yang dikatakan mengandungi methamphetamine dan amphetamine dikacau ganggu dan tidak dikemukakan sebagai bukti yang sah di mahkamah. 

Mahkamah Rayuan tolak rayuan pendakwaan

Mahkamah Rayuan tolak rayuan pendakwaan

Kota Kinabalu: Mahkamah Rayuan yang bersidang di sini kelmarin mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk melepaskan dan membebaskan seorang pemuda berusia 36 tahun daripada tuduhan memiliki dadah jenis ganja seberat 63.40 gram di pusat siber cafe Paragon Kepayan, 2 tahun lepas.

Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Dato' Tengku Maimun binti Tuan Mat bersidang bersama Hakim Dato' Mary Lim Thiam Suan dan Hakim Datuk Yaacob Hj Mohd Sam sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan setelah mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza binti Jaafar dan peguambela responden Azhier Farhan bin Arisin.

Vietnamese businessman wins RM2.3 Million suit against Sabahan businessman

Vietnamese businessman wins RM2.3 Million suit against Sabahan businessman

Kota Kinabalu: A Vietnamese businessman won a lawsuit on Friday against a local businessman for breach of contract involving import and export of Australian cattle.

Nguyen Thanh Thuyen was awarded USD 546,920.00 (RM 2.3 million) by the High Court Judicial Commissioner Bexter Agas Michael after he ruled the contract to import and export Australian cattle was breached by Johnny Kerepin Gadoh.