Mahkamah Tinggi batal hukuman, Jamil dibebas serta-merta

Mahkamah Tinggi batal hukuman, Jamil dibebas serta-merta

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini telah membatalkan sabitan dan hukuman terhadap Jamil Mokti yang sebelum ini dipenjara atas kesalahan memiliki dadah. 

Dalam keputusan yang disampaikan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid, mahkamah memerintahkan pembebasan serta-merta Jamil selepas sabitan dan hukuman dua tahun penjara serta empat sebatan diketepikan.

Jamil sebelum ini disabitkan berdasarkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Mahkamah Majistret Papar pada 7 Disember 2023 atas tuduhan memiliki 22.62 gram methamphetamine di kediamannya pada 18 Oktober 2021.

DITUDUH EDAR SYABU DI SEMBULAN, LELAKI LEPAS TALI GANTUNG

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini membebaskan seorang lelaki tempatan daripada tuduhan mengedar 101.83 gram methamphetamine di Kg. Sembulan Tengah, tiga tahun lalu tanpa dipanggil untuk membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell memutuskan pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Al Aznher di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Al Aznher bin Ahmad, 40, yang berada dalam kandang tertuduh menangis selepas keputusan dibacakan Amelati. Kelihatan keluarganya yang berada di galeri awam turut berpelukan susulan keputusan itu.

Dalam alasan penghakiman ringkasnya, Amelati berkata setelah penilaian maksima terhadap semua keterangan saksi dan ekshibit yang dikemukakan dan selepas mendengar hujahan daripada timbalan pendakwa raya serta peguam bela tertuduh, mahkamah berpuas hati pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan terhadap dadah yang disembunyikan di dalam sebuah kereta.

Perbicaraan yang berlangsung pada 23 Februari 2023 dan berakhir pada 8 Disember 2023 menyaksikan pihak pendakwaan memanggil 6 saksi pendakwaan dan mengemukakan 19 ekshibit fizikal kepada mahkamah.

Di dalam hujahan pembelaan, tertuduh yang diwakili Mohd Azhier Farhan bin Arisin berhujah antara lain keterangan pegawai serbuan mengenai tertuduh dengan sendirinya telah menunjuk dan mengambil dadah yang disembunyikan di bahagian belakang kereta selepas dibacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B (1) (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah sukar dipercayai. Ini kerana pegawai serbuan ketika pemeriksaan balas oleh Azhier tidak dapat mengingati dan membacakan kata-kata amaran itu di mahkamah.

Al Aznher didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip dan Adibah Saiful Bahri.

Lelaki warga asing terlepas hukuman gantung

Lelaki warga asing terlepas hukuman gantung

Selepas memberikan penilaian maksimum ke atas semua keterangan yang dikemukakan pada akhir kes pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai bagi membuktikan setiap elemen kesalahan pengedaran mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Berdasarkan alasan tersebut, mahkamah mendapati kes prima facie tidak dibuktikan terhadap tertuduh. Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa memanggil pembelaannya.

Tertuduh diwakili oleh peguam Azhier Farhan Arisin dan dibantu oleh Syarulnizam Salleh Said Keruak.

Warga Bangladesh berjaya ketepi perintah rujuk ke imigresen

Warga Bangladesh berjaya ketepi perintah rujuk ke imigresen

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Arshad di dalam penghakiman beliau bersetuju dengan hujahan peguam bela pemohon, Azhier Farhan Arisin bahawa tiada peruntukan undang-undang khusus memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan pesalah yang telah selesai menjalani hukuman dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Rayuan kes dadah: Lelaki berjaya ketepi hukuman penjara

Rayuan kes dadah: Lelaki berjaya ketepi hukuman penjara

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 35 tahun, yang dipenjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil syabu buat kali ketiga, berjaya dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya.

Terdahulu, peguam Azhier Farhan Arisin, yang mewakili Faizal secara pro bono, berhujah bahawa hakim perbicaraan melakukan kekhilafan dari segi undang-undang apabila mengambil rekod sabitan lampau (PCR) sebagai keterangan dan sebagai dasar yang mencetuskan penggunaan Seksyen 39C(1) ADB 1952, sedangkan jelas sekali bahawa PCR tersebut gagal mematuhi syarat ketat Seksyen 400 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Seksyen 10 Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini.

Empat lelaki bebas tuduhan rogol remaja

Empat lelaki bebas tuduhan rogol remaja

KOTA KINABALU: Empat lelaki dibebaskan daripada tuduhan rogol berkumpulan terhadap seorang remaja berumur 15 tahun, tanpa diminta membela diri. Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim melepaskan dan membebaskan Rezwan Abdullah, 23, Mohd Shah Abdullah @ Mat Tasin, 21, Mohd Izlan Omar, 22, dan Ag Rizaullah Bahin, 24, daripada tuduhan itu selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap empat tertuduh.

Penjawat awam bebas tuduhan pecah amanah babit penguasaan harta Lembaga Industri Getah Sabah berjumlah RM549,944.10

Penjawat awam bebas tuduhan pecah amanah babit penguasaan harta Lembaga Industri Getah Sabah berjumlah RM549,944.10

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dapat menarik nafas lega, setelah dilepaskan atas tuduhan pecah amanah melibatkan penguasaan harta Lembaga Industri Getah Sabah berjumlah RM549,944.10.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz melepaskan tanpa membebaskan Mohd Suhaimi Mohamed Husain, 35, selepas dua saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Tertuduh sebagai pegawai penguasa yang diamanahkan harta sejumlah wang terbabit, iaitu wang tunai peti besi unit pembelian getah, didakwa melakukan pecah amanah.

Kesalahan dilakukan pada Januari hingga Disember tahun lalu di Lembaga Industri Getah Cawangan Kuala Penyu, daerah Beaufort.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, penjara antara setahun hingga 14 tahun serta sebat, serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali menyatakan pihaknya mendapat arahan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh dan memohon tertuduh dilepaskan.

Mohd Suhaimi yang diwakili oleh peguambela Azhier Farhan Arisin didakwa pada 13 Februari mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Musa Aman kekal ADUN Sungai Sibuga

Musa Aman kekal ADUN Sungai Sibuga

SANDAKAN - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran kekal milik BN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini semalam menolak petisyen calon Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Hakim Azhahari Kamal Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak. 

Petisyen terhadap kerusi DUN Sungai Sibuga difailkan oleh Asmara Abdul Rahman yang juga calon WARISAN bagi kerusi berkenaan pada PRU14 pada 9 Mei lepas.