vscocamAAC.jpg

MENGENAI KAMI

TETUAN AZHIER ARISIN & CO. 

adalah firma guaman yang beramal di Sabah, Malaysia. Terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu, firma kami memberi khidmat nasihat guaman dan litigasi bagi kes-kes jenayah, undang-undang alam sekitar, undang-undang kontrak & komersial, undang-undang sivil, undang-undang pewarisan dan harta pusaka, undang-undang amanah, undang-undang pentadbiran, penjualan dan pemindahan harta, perceraian dan pertikaian rumahtangga serta pemungutan semula hutang. 

Demi memberi perkhidmatan guaman yang terbaik, telah menjadi polisi kami untuk menerima bilangan komitmen guaman dengan terhad dan berhati-hati. Kemampuan kami untuk menerima dan memenuhi komitmen guaman bermakna kehendak dan kepuasan anak guam tidak sama sekali dikompromi. 

 



KEJAYAAN KAMI



Tempah temujanji BERSAMA PEGUAM

Menempah temujanji bersama dengan peguam kini lebih mudah melalui sistem tempahan atas talian kami. Pilih tarikh serta masa temujanji mengikut keselesaan anda dan kami akan padankan tarikh dan masa kekosongan peguam kami. Pembayaran tempahan dibuat secara atas talian dan sebelum tarikh temujanji dengan menggunakan kad kredit atau debit bank anda dan boleh juga melalui akaun Paypal anda.


SOALAN LAZIM DITANYA KEPADA PEGUAM

Bagaimana saya ingin menempah temujanji bersama Peguam?

Tempahan temujanji bersama peguam kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di sini.

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk temujanji?

Bayaran RM 100.00 dikenakan kepada setiap tempahan temujanji bersama dengan peguam kecuali tempahan panyaksian dokumen dan khidmat runding bicara perjanjian jual beli rumah. Pembayaran hendaklah dibuat atas talian.

Adakah saya wajib melantik peguam selepas temujanji?

Tidak. Anda mempunyai kebebasan untuk melantik atau tidak melantik kami untuk mengendalikan kes anda selepas temujanji. Anda dibenarkan mengambil tempoh bertenang untuk berfikir masak-masak sebelum melantik kami mengendalikan kes anda.

Berapakah bayaran kos keseluruhan peguam sekiranya saya berminat untuk meneruskan kes di Mahkamah?

Kos guaman bergantung kepada fakta kes dan peringkat kes tersebut dibicarakan. Lazimnya, kos guaman untuk kes jenayah mengikut kepada keseriusan kes tersebut. Untuk perjanjian jual beli rumah, kos guaman adalah tertakluk kepada Jadual Pertama, Perintah Saraan Peguam 1986 iaitu mengikut peratusan harga jualan rumah.

Adakah saya perlu menjelaskan kos guaman secara keseluruhan?

Anda boleh mencadangkan pembayaran ansuran setiap bulan kepada peguam mengikut kemampuan kewangan anda. Tertakluk sepenuhnya kepada budibicara dan pertimbangan peguam.