Lelaki bebas tuduhan miliki 63.4gm kanabis
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun yang didakwa memiliki 63.4 gram kanabis pada Rabu dibebaskan tanpa perlu membela diri.
Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad melepaskan dan membebaskan Elton George Jr Gaban selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atasnya.
Elton dituduh memiliki dadah itu pukul 5 petang 23 Mei tahun ini di Cyber Cafe Paragin Inertnet di Taman Tuan Huat, Kepayan Ridge, dekat sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya boleh dihukum megikut Seskyen 39A(2) Akta yang sama itu membawa hukuman penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Ketika membuat keputusan itu, Ainul berkata, antara lain, semasa perbicaraan itu mahkamah beranggapan dadah itu secara sengaja ditinggalkan pada berat kasar 63.4 gram tetapi apabila membaca penghujahan oleh pendakwaan mahkamah mendapati terdapat pertuduhan pindaan tetapi ini tidak dikemukakan di mahkamah.
"Semasa pendakwaan kes, pembelaan mencabar bahawa tertuduh tidak memakai jaket biru...tidak ada pembenaran oleh pegawai serbuan bahawa tertuduh pada hakikatnya memakai jaket," katanya.
Ainul menambah, keraguan timbul apabila tidak ada disebut langsung tentang kerajang aluminium. Dengan itu, sama ada bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah adakah sama dengan bahan bukti yang dirampas adalah meragukan.
"Selain tidak menyebut tentang mana-mana kerajang aluminium, entah dari mana sampul surat putih yang berisi tunai RM500 disebut oleh saksi pendakwaan dan ini menambah keraguan sama ada bahan bukti yang dikemukakan adalah sama dengan bahan bukti yang dikemukakan adalah sama dengan bahan bukti yang dirampas.
"Tidak ada bukti oleh pendakwaan mengenai penyimpanan selamat bahan bukti yang dirampas," kata Ainul.
Beliau juga memerintahkan tidak ada bukti bilakah ahli kimia mengadakan analisis ke atas bahan bukti.
Pendakwaan memanggil empat saksi sepanjang perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah mengendalikan pendakwaan manakala peguam Azhier Farhan Arisin dan Lindsay Michael mewakili Elton. - Harian Ekspress